23 November 2010

demi masa ;p

Sudah seminggu berlalu semenjak meninggalkan Uitm.Wah nang lajulah masa tok berlalu kan kan? 
Orang slalu madah masa itu ibarat pedang yang tajam,hadis rasulullah s.a.w. Tengoklah betapa hebatnya masa.Omputeh pun salu madah time waits for no man.
Apakah kita telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? Sebagai hambaNya yang lemah saya harus akui, betapa lalai & alpanya diri ini.Akan saya perbaiki diri ini.Manusia mudah lupa.
Oleh itu, marilah kita mengisi waktu cuti ini dengan perkara yang berfaedah.Seimbang-imbangkanlah :B Janganlah kita menyesal di kemudian hari.Nikmat sihat & masa lapang seringkali kita lupa betapa indahnya nikmat ini ;D

Teringat waktu ika form 5 dulu, kaklong tukar background desktop ke ayat terjemahan surah al-asr.
Ika termenung pada screen computer.Apakah  ika telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya?


Surah Al-Asr
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

 Masa itu ibarat emas “ malah maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “. Oleh kerana kepentingan masa, maka Allah Taala bersumpah dengan Wal-asr. Iaitu “Demi Masa”. Manusia akan sentiasa berada didalam kerugian sekiranya tidak dimenfaatkan masa itu dengan panduan iman dan taqwa.

Masih ingat tak lagu raihan waktu sekolah rendah dulu-dulu? Bestt ;B



No comments:

Post a Comment

I'll scribble back right away :)