06 December 2010

Marhaban ya muharram :B 1432 H

marhaban ya muharram :B





Perasan tak perasan setahun pun sudah berlalu.Saya kini sudah mencecah umur 19 tahun tapi saya rasa masih lagi dibelenggu perasaan masih lagi berumur 17 tahun.Bangun ika.Wakey wakey.

Alhamduillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk hidup.Masih lagi berdiri di bumi yang nyata.Masih lagi dapat menghayati ciptaanNya yang indah.Melihat awan yang seperti gula kapas, langit yang membiru,pokok yang menari-nari dahannya tatkala angin bertiup, udara kita hirup yang tak mampu kita lihat.Alhamdulillah saya sihat & mempunyai masa yang terluang.Masa untuk beribadat kepadaNya.Begitu syukurnya saya dengan semua nikmat yang diberi.

Bulan Muharram mengalukan kedatangan kita dengan keazaman yang baru ;B
Terlalu banyak yang saya pelajari tahun ini.Alhamdulillah semakin hari, saya cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Pengalaman telah menhajar diriku untuk menjadi insan yang lebih tabah.Mungkin tidak dalam suasana yang indah. Tak semua yang indah semestinya indah dan tak semua yang perit semestinya perit. Diibaratkan seperti kita makan ubat atau minum air cola. Semuanya ada hikmah disebalik.

Dengan keazaman baru tahun ini, 1432H selepas maghrib ini, saya berharap kita semua akan berhijrah ke arah yang lebih baik. Catatkan keazaman diri sendiri dan lihat adakah kita telah berubah pada tahun ini? Apakah usaha kita untuk berubah ke arah kebaikan.Hidup ini diibaratkan sebagai seorang musafir, begitu pendeknya hidup ini.Apakah amalan kita selama ini cukup ? InshaAllah. Behijrahlah ke arah kebaikan.Cinta kepada dunia yang hanya sementara tetapi cintakan Akhirat yang selamanya.

What have we turned out to be a year later? To the better or the other way round?




Tergamam seketika
zarith begitu lambat mengambil gambar -_-''



No comments:

Post a Comment

I'll scribble back right away :)